Laman

Rabu, 20 April 2011

minyak dhob & lemak bonggol unta


Rupa anak dhob,comel bukan?
Daging dhob yang siap di lapah dan di asingkan dari kulitnya.Rasa-rasa nak masak apa ye?
Haa masak gulai,nampak menyelerakan.Ia di masak dengan rempah bagi menghilangkan baunya.Cuma mungkin mereka lupa bubuh santan , kalau tidak mak mentua lalu pun tak sedar.
Ni nasi dulang dengan daging dhob gulai berempah tadi.Kalau tak tahu terus makan je tak sedar daging apa.
Rasanya orang yang siang tadi tak makan kot.













Inilah bapak dhobnya, sekali masak cukuplah untuk 6 orang hidangan.Lumayan rezeki.
Macam ni cara nak siang dhob ni.Tapi kepala terus di buang masa sembelih tadi.Lepas siang confirm tak makan dah.Masak la apa pun.

Setahun yang lalu adik saya baru pulang dari mesir setelah menamatkan pangajiannya di sana.Ada dua benda yang menarik perhatian saya , minyak dhob dan lemak bonggol unta.Anda semua pasti tahu apa itu dhob.Sejenis biawak padang pasir yang hidup di kawasan gurun dan berpasir .Yang menarik perhatian saya ianya halal di makan oleh umat islam dan kemujarabannya sebagai ubat alternatif(tradisional).Mungkin disebabkan ketahanannya dalam mengharungi kehidupan di padang pasir. Dhob juga berhubung kait dengan haiwan lagenda padang pasir , iaitu unta. Dhob menggunakan cara yang sama seperti unta untuk terus hidup dan bertahan di padang pasir yang kering dan kontang. Seperti unta yang menggunakan lemak di dalam bonggolnya untuk bekalan keperluan badannya untuk mengharungi padang pasir selama berbulan tanpa minum.Dan apabila ia dapat minum , satu tong dram pun tidak mencukupi. Begitu juga dhob,ia menyimpan lemak di ekornya sebagai bekalan keperluan badannya. Dan dari apa yang saya dengar , baca dan kaji,Dhob ini apabila disembelih , ia dapat hidup selama tiga hari atau seminggu.Tapi kalau diamati bentuknya seperti biawak yang terdapat di Malaysia.Memang tak lalu nak menyantapnya. Tetapi ada alasan yang tersendiri kenapa ia halal di makan oleh orang islam. Bila di lapah ia tidak berbau busuk seperti bangkai biawak yang melahap bangkai. Dari apa yang saya tahu dagingnya manis seperti daging ayam kampung.Maksud saya keenakannya . Itu belum lagi kemujaraban ubatan yang di rumus dari dhob.Ubatan yang di hasilkan dari Dhob ini biasanya sinonim dengan lelaki.Lelaki ni taksub dengan kejantanan mereka.Seperti ketahanannya begitu juga kegunaan bagi lelaki.Ingat,ketahanan yang penting.Ia melambatkan proses ejakulasi bagi lelaki(tahan lama),buka saiz seperti yang selalu di gembar- gemburkan. Bila dah tahan mesti mantap.Tujuan lain adalah untuk luka dan bagi perempuan untuk minyak urutan selepas bersalin.Lemak bonggol unta juga untuk lelaki,tetapi yang lebih utama untuk orang yang lumpuh.Sebagai contoh jika lumpuh bahagian kaki,seluruh kaki di sapu lemak unta yang di gaul bersama bawang putih dan halia.Selepas itu kaki ditanam di dalam pasir , seeloknya pasir pantai di tepi pantai. Biarkan selama 5 atau 6 jam.

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites